KUANTAN, 3 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan mengurniakan gelaran Orang-Orang Besar Negeri Pahang kepada seramai 16 individu dalam Istiadat Pengurniaan Gelaran-Gelaran dan Istiadat Menjunjung Duli Kerabat-Kerabat Bergelar serta Orang-Orang Besar Negeri Pahang Darul Makmur yang berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, hari ini.
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli berangkat ke istiadat berkenaan, diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pada istiadat tersebut, tiga anakanda Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dikurniakan gelaran Kerabat Bergelar iaitu Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dua individu menerima kurniaan gelaran Orang Besar Berempat iaitu Yang Dihormat Mulia Orang Kaya Indera Segara Tengku Dato’ Sri Haji Zulkifly bin Tengku Temenggong Ahmad serta Yang Dihormat Orang Kaya Indera Perba Jelai, Dato’ Haji Wan Jasmin bin Dato’ Haji Wan Badiuzzaman.
Majlis diteruskan dengan pengurniaan gelaran Orang Besar Berlapan kepada Yang Hormat Mulia Dato’ Setia Amar Segara Tengku Dato’ Haji Mohd Mustaffa bin Tengku Dato’ Haji Ibrahim dan Yang Hormat Dato’ Setia Wangsa Dato’ Hj. Md Rusli bin Ismail.
Paduka Baginda kemudiannya berkenan mengurniakan gelaran Orang Besar Raja iaitu Yang Hormat Tok Pentara Raja Ariffuddin bin Mohamud dan Yang Hormat Tok Aria Rakna Ahmad Norbadelin bin Dato’ Haji Abdul Murad.
Istiadat pengurniaan gelaran seterusnya menyaksikan lima individu menerima kurniaan gelaran Orang Besar Enam Belas iaitu Yang Hormat Mulia Tok Muda Dato’ lndera Tun Putera Abdul Mubin Shah bin Dato’ Indera Munir; Yang Hormat Tok Muda Dato’ Haji Ahmad Khirrizal bin Haji Ab. Rahman; Yang Hormat Tok Muda
Dato’ Ahmad Mukhriz bin Dato’ Ahmad Fuad; Yang Hormat Tok Muda Wan Ahmad Fadillah bin Dato’ Wan Abdul Rahman serta Yang Hormat Tok Muda Encik Wan Nizamuddin bin Dato’ Wan Ibrahim.
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang turut berkenan mengurniakan gelaran Orang Besar Istana kepada dua individu iaitu Yang Hormat Penghulu Balai Wan Samsul Effendi bin Wan Mahmud serta Yang Hormat Panglima Dalam Ahmad Faisal bin Dato’ Mohd Taib.-KESULTANAN PAHANG







