BANGKOK, 3 Disember 2025 – Malaysia mencatat kemenangan sulung dalam saingan polo ekuestrian Sukan SEA 2025 selepas menewaskan Indonesia 8–4 pada perlawanan pembukaan di VS Sports Club & Siam Polo Park, Samut Prakan, hari ini.
Pasukan Malaysia dijadualkan menghadapi cabaran daripada pasukan Brunei dalam perlawanan esok.
Skuad Polo kebangsaan turut dibarisi YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang turut beraksi dalam kedua-dua handicap (2-4 dan 4-6) sekaligus memperkukuh kekuatan jentera negara dalam usaha memburu emas di temasya kali ini. -KESULTANAN PAHANG









