Di bumi bertuah Pahang Darul Makmur, di bawah langit yang memayungi doa dan harapan rakyat, bersemailah sebuah pemerintahan yang berteraskan kasih dan amanah.
Tujuh tahun lalu, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dimasyhurkan memikul tanggungjawab besar sebagai payung kedaulatan negeri, memerintah bukan sekadar dengan kuasa, tetapi dengan kebijaksanaan, ihsan dan hati yang sentiasa dekat dengan rakyat jelata.
Pada tanggal 11 Januari 2026, kita menyingkap perjalanan tujuh tahun sebuah pemerintahan yang telah menautkan takhta dengan jiwa rakyat.
Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku bukan sekadar Raja yang ditaati, tetapi permata hati rakyat Pahang bersama-sama Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang yang hadir dalam suka dan duka, menyantuni tanpa mengira darjat, dan memimpin negeri ini dengan penuh kasih sayang, wibawa dan pengabdian yang tulus.
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU






