KUALA LUMPUR, 16 Julai 2025 – YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hadir hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Kali Ke-269 di Istana Negara di sini hari ini.

Kehadiran YAM Tengku Arif Bendahara ke mesyuarat berkenaan adalah selaku wakil Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Turut hadir ialah YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail.- KESULTANAN PAHANG
