BENTONG, 23 Mac 2025 – Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hadir ke Program Memasak Bubur Lambuk Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Bersama Penghuni Penjara Bentong di sini semalam.

YAM Tengku Puteri Raja merupakan wakil rasmi KDPB Tengku Ampuan Pahang pada majlis tersebut.

Sebanyak 4,000 pek bubur lambuk berjaya dihasilkan dalam program tersebut yang berlangsung kira-kira lima jam.

YAM Tengku Puteri Raja turut berkunjung ke Bengkel Tenun Pahang Diraja dan Bengkel Pastri (Pusat Vokasional Industri) di penjara berkenaan. – KESULTANAN PAHANG










