Author: Kesultanan Pahang

Sambutan hari ketiga penganjuran Temasya Warisan Pahang 2025 amat membanggakan dan cukup meriah dengan kehadiran orang ramai dari dalam dan luar negara termasuk pelajar-pelajar sekolah. Lebih menarik apabila diadakan pertandingan masakan antara sekolah-sekolah di samping aktiviti harian yang diadakan iaitu bengkel pewarnaan alam, bengkel sulaman, tekat, bengkel tenunan, bengkel batik, persembahan muzik tradisional dan masakan warisan yang bukan sahaja dari Pahang tetapi turut didatangkan khas dari Sarawak. Selain itu, penyertaan Turkiye dan beberapa negara ASEAN seperti Laos, Singapura dan Indonesia juga amat membanggakan sebagai tanda sokongan terhadap Yayasan Tenun Pahang Diraja dalam memartabatkan seni kraf warisan negara di persada dunia.…

Read More

KUANTAN, 3 Sept. 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Iskandar Al-Haj menyeru agar semua rakyat bersama-sama mendoakan keselamatan dan kejayaan misi kemanusiaan Global Sumud Flotila (GSF) ke Gaza. Sebanyak 24 kapal flotila dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol, berlepas ke Gaza pada Ahad lalu membawa mesej kemanusiaan dan bekalan bantuan asas. Misi ini disertai lebih 1,000 peserta antarabangsa dari 44 negara, termasuk 15 wakil dari Malaysia. Fasa berikutnya akan menyaksikan 15 delegasi Malaysia…

Read More

KUALA LUMPUR, 2 Sept. 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan menerima Ijazah Kehormat Kedoktoran daripada Universiti Tsukuba, Jepun. Keberangkatan Paduka Baginda ke majlis tersebut diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. Turut mengiring ialah YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha…

Read More

PEKAN, 2 September 2025 – Program bertemakan “Laluan Sutera Budaya: Benang dan Budi” serta Lawatan Eksplorasi Budaya berlangsung meriah hari ini sempena Temasya Warisan Pahang dan Hari Persahabatan Malaysia-Afrika 2025. Acara ini diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Iskandar Al-Haj pada pukul 10 pagi. Sesi khas ‘Alhambra dan Tenun Pahang Diraja’ menampilkan Dr. Kamree Aziz dari Humanlogica. Sesi ini meraikan keharmonian seni bina Islam Maghribi dengan kehalusan Tenun Pahang Diraja, termasuk aplikasi inovasi kecerdasan buatan (AI) dalam fesyen, warisan budaya dan pendidikan. Selain itu, TVET MARA dengan kerjasama KKTM…

Read More

PEKAN, 1 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah di Pulau Keladi bersempena dengan Temasya Warisan Pahang. Turut sama ialah Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam serta isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Wira (Dr) Hajah Asmah binti Abdul Rahman; Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri…

Read More

KUANTAN, 1 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli merasmikan Temasya Warisan Pahang, di Muzium Maritim Pulau Beram, semalam. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam dan Yang Amat Berbahagia…

Read More

KUANTAN 31 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Pahang di Padang MBK 1, hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda berdua diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut mengiringi ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah…

Read More

KUANTAN, 30 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke majlis perkahwinan pacal didik Allahyarham Leftenan Kolonel (B) Dato’ Haji Che Dan bin Chemat di CMI Platinum Hall, hari ini. Paduka Baginda berdua berangkat tiba pada jam 12.15 tengahari meraikan pasangn pengantin, Muhammad Soleh Dato’ Haji Che Dan dan Sharifah Hazirah Syed Khalafu. Allahyarham dahulunya merupakan bekas pegawai KDPB Sultan Pahang yang menjawat jawatan…

Read More

KUANTAN 29 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Ash-Shafie, KotaSAS di sini hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah. Usai solat Jumaat yang diimamkan oleh Imam 1, Haji Izalluddin Mat Noor, Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku berkenan menyantuni rakyat dan memberi kurnia kepada kanak-kanak. – KESULTANAN PAHANG

Read More

KUANTAN, 29 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli merasmikan gimnasium Pangkalan Udara Kuantan, hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda disambut Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM; Pengelola Bijaya Diraja Utama, Mej Jen Dato’ Mohamed Zahari bin Dato’ Haji Yahya TUDM serta Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brigedier Jeneral Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM. -KESULTANAN PAHANG

Read More