KUANTAN, 21 Jun 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan takziah kepada Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta serta seluruh ahli keluarga di atas pemergian ibu mentuanya, malam kelmarin. Ibu mentua kepada Ahli Parlimen Larut itu, Allahyarham Datin Hajah Salmiah Nyak Matt, 84, maut dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat di Kampung Sungai Rapat Tambahan di Ipoh. Paduka Baginda berdua bersama seluruh ahli keluarga mendoakan agar…
Author: Kesultanan Pahang
KUALA LUMPUR, 20 Jun 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain di Shahzan House di sini semalam. Paduka Baginda meluangkan masa kira-kira satu jam dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Tan Sri Razarudin yang akan bersara dan tamat tempoh perkhidmatan sebagai KPN pada Ahad ini. -KESULTANAN PAHANG
KUANTAN, 19 Jun 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan Pandu Puteri Tunas 2025 Peringkat Negeri Pahang di Pusat KokurikulumDaerah, Kampung Pedah di sini hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda pada jam 10.30 pagi disambut meriah kira-kira 510 peserta yang terdiri daripada ahli Pandu Puteri Tunas dan pemimpin dariseluruh Negeri Pahang. Paduka Baginda dalam titah menzahirkan rasa sukacita melihat penyertaan yang menggalakkan daripada ahli-ahli Pandu Puteri Tunas dari seluruh negeri Pahang. “Program seperti ini bukan sahajamenceriakan suasana, malah menjadi platform…
KUANTAN, 18 Jun 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Makan Beradat Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia Ke-67 di Hotel Zenith di sini semalam. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar AlHaj. Turut mengiringi ialah YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Ketibaan Paduka Baginda berdua disambut oleh Panglima Tentera Udara (TUDM), Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan…
KUANTAN, 17 Jun 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM di Istana Abdulaziz di sini hari ini. Turut hadir ialah Pengelola Bijaya Diraja Utama KDPB Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari bin Dato’ Haji Yahya TUDM. Paduka Baginda dipersembahkan taklimat selama kira-kira satu jam oleh Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan berkenaan Hari Terbuka TUDM dan Majlis Santapan Beradat sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia Ke-67 dan…
KUANTAN, 16 Jun 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada tiga pegawai kanan kerajaan negeri yang dilantik menjadi ahli Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang. Tiga individu berkenaan ialah YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Indera Nazri bin Abu Bakar; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Haji Fadzilla bin Haji Salleh dan Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Tuan Muhammad Saifuddin bin Hashim Musaimi. Paduka Baginda bertitah pelantikan tersebut bukan sekadar satu penghormatan, sebaliknya amanah besar yang perlu dipikul dengan penuh komited dan tanggungjawab. Pada majlis sama, Paduka…
KUANTAN, 16 Jun 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli menghadiri Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang Kali Ke-119 di Hotel Grand Darul Makmur, hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah serta YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Pada mesyuarat berkenaan, Paduka Baginda bertitah menekankan beberapa perkara…
TEMERLOH, 13 Jun 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli melawat dan mengurniakan sumbangan kepada 210 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terlibat dalam kejadian ribut pada Isnin lalu. Keberangkatan Paduka Baginda ke Dewan Orang Ramai Kampung Paya Luas hari ini diiringi YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah serta YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Hadir sama, YB Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin dan Pengerusi…
SEPANG, 12 Jun 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan ucapan takziah dan berkenan mengurniakan sumbangan kepada waris mangsa lemas di Sungai Triang, Bera, Pahang dalam kejadian pada Isnin, 9 Jun 2025. Kurniaan Paduka Baginda disampaikan oleh Pegawai Agama Istana, Leftenan Kolonel Anuar Mohd Ehwal kepada suami mangsa, Sarjan Abdul Wahid Bin Randa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2, kira-kira jam 5 pagi hari ini. Sarjan Abdul Wahid yang bertugas di Kem Bera, Pahang ketika itu dalam perjalanan mengiring jenazah isteri, Sakirah Binti Akop,31,…
KUANTAN, 10 Jun 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Santapan Diraja sempena Mesyuarat ke-8 Majlis Penasihat Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) mengenai Dadah Berbahaya (AIPACODD) 2025 di Hotel Zenith, hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. Keberangkatan Paduka Baginda berdua disambut Presiden AIPA merangkap Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin serta berisan kepimpinan…







