Author: Kesultanan Pahang

KUALA LUMPUR,1 Februari 2026 โ€“ Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke pertunjukan fesyen Aura Syawal 2026 Radzuan Radziwill, di sini semalam. Acara berkenaan turut menyaksikan keberangkatan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah yang berkenan melihat peragaan koleksi terbaru oleh pereka tersohor, Radzuan Radzwill bersempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Lebih 60 koleksi pakaian dipamerkan dalam pertunjukan fesyen yang diberi nama koleksi lebaran ‘Aura Aidilfitri – A Couture Reverie’ oleh Datuk Radzuan Radziwill. -KESULTANAN PAHANG

Read More

KUANTAN, 31 Januari 2026 โ€“ Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yayasan Pahang atas kejayaan meraih pengiktirafan antarabangsa di bawah naungan United Nations Global Compact. Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa bangga atas pencapaian Yayasan Pahang (YP) yang dinobatkan sebagai pemenang kategori Anti-Rasuah pada UNGC Forward Faster Sustainability Awards (FFSA) 2026, sekali gus membuktikan komitmen yayasan itu dalam memperkukuh budaya integriti, ketelusan dan tadbir urus berlandaskan…

Read More

KUANTAN, 30 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, YB Dato’ Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi di Istana Abdulaziz di sini hari ini. Kebawah Duli Paduka Baginda meluangkan masa hampir 30minit bagi membincangkan beberapa perkara penting terutama demi kemakmuran dan kemajuan Negeri Pahang Darul Makmur. – KESULTANAN PAHANG

Read More

KUANTAN 30 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Afzan, di sini hari ini. Berangkat sama, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Solat Jumaat telah dipimpin oleh Mohd Hafiz bin Mohd Suhailie selaku imam dan khatib, dengan khutbah bertajuk Keutamaan Nisfu Syaaban. Paduka Baginda turut berkenan menyantuni dan menyampaikan kurniaan kepada pengerusi masjid dan jemaah yang hadir. – KESULTANAN PAHANG

Read More

GENTING HIGHLANDS, 27 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santuni Kasih Diraja Bersama Anak Yatim dan Asnaf bersempena pembukaan rasmi Restoran Mohd Chan Genting Permai hari ini. Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku pada pukul 3.30 petang disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Chan Group serta Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi Dan Usahawan Negeri Pahang, Dato’ Amizar bin Abu Adam selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Pahang. Pada majlis berkenaan, Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku berkenan bersama-sama meraikan 60…

Read More

KUALA LUMPUR, 26 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Diraja My Future Leaders 2026 anjuran Yayasan Allamiyyyah bersama PETRONAS di Malaysia Petroleum Club, hari ini. Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku pada pada jam 12.30 tengah hari disambut oleh Pengarah Yayasan Allammiyyah, Encik Muhamad Najmi Dato’ Mohd Aris dan Pengurus Besar Kanan, Perhubungan Pihak Berkepentingan PETRONAS, Encik Khairuddin M. Jaafar. Majlis ini diadakan bagi meraikan pelajar cemerlang tingkatan lima daripada Maahad Tahfiz Negeri Pahang (TMP) yang bakal menduduki Sijil…

Read More

KUANTAN, 26 Januari 2026 – “Saya rasa seperti mimpi apabila rakan sekelas saya adalah Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang”. Demikian luah Amirah Husna Mohd Nazri, 27, pelajar sarjana daripada International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang turut serta sempena Lawatan Sambil Belajar di Muzium Pahang kelmarin. Amirah memaklumkan bahawa dia cukup teruja dan gembira apabila Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku sudi berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengenai sejarah Kesultanan Pahang. “Alhamdulilah, saya bersyukur sangat dan ini akan menjadi kenangan terindah yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. “Junjung Kasih Tuanku kerana berkenan…

Read More

KUANTAN 26 Januari 2026 -Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke galeri-galeri Muzium Pahang di Pekan dan Kuantan selama dua hari bermula Sabtu lalu. Lebih istimewa, Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku membawa pensyarah dan rakan-rakan sekelas dari International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku yang kini mengikuti pengajian di peringkat sarjana turut berpeluang berkongsi pengetahuan berkenaan Hukum Kanun Pahang dan Kesultanan Pahang kepada ahli rombongan. Antara tempat yang dilawati dengan diketuai sendiri oleh Kebawah…

Read More

KUALA LUMPUR, 25 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Perkahwinan Pacal Didik Yang Hormat Dato’ Haris Onn di sini semalam. Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku pada pukul 8.00 malam disambut oleh pasangan pengantin, Cik Sara Sabrina Binti Haris dan Mohamed Yusuf Al Sadiq bin Mohamed Azmin. Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. -KESULTANAN PAHANG

Read More

PEKAN 24 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menunaikan solat Asar di Masjid Tengku Ampuan Fatimah, Kampung Padang Polo, Pekan di sini hari ini. Usai solat, Paduka Baginda berkenan meluangkan masa beriadah di sekitar Padang Polo bagi melihat kemajuan pembinaan bangunan Royal Pahang Polo Club sebagai persediaan Pertandingan Polo sempena 100 tubuh penubuhan kelab itu kelak.- KESULTANAN PAHANG

Read More