JERANTUT 15 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke menyaksikan Sukan Rakyat di Kampung Bantal, Ulu Tembeling di sini semalam. Turut berangkat mengiring ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah. – KESULTANAN PAHANG
Author: Kesultanan Pahang
JERANTUT 15 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Kampung Orang Asli Sungai Kucing di sini semalam. Turut berangkat mengiring ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – KESULTANAN PAHANG
JERANTUT 15 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Padang Ragut Bertih, Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah di sini semalam. Turut berangkat mengiring ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut sama ialah tetamu kehormat dari UAE iaitu Presiden IUCN yang juga Pengarah Urusan Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed Bin Zayed,…
KUANTAN 14 APRIL 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Tun Dato’ Sri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang meninggal dunia, hari ini. Allahyarham yang mesra dikenali dengan gelaran Pak Lah dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 7.10 petang, tadi. Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham yang juga Perdana Menteri Malaysia ke-5 itu ditempatkan dalam kalangan…
JERANTUT, 14 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Bantal, Ulu Tembeling di sini semalam. Turut berangkat mengiring, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.-KESULTANAN PAHANG
TEMERLOH 14 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli ke Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC), Lanchang di sini semalam. Keberangkatan Tengku Mahkota Pahang bagi menyantuni kunjungan deligasi daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang diketuai Puan Yang Terutama, Razan Khalida Al Mubarak, Presiden Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam (IUCN) yang juga Pengarah Urusan Agensi Alam Sekitar Abu Dhabi (EAD) dan Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed bin Zayed (MBZ) ke Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah. Hadir sama, En Nicolas Heard, Pemangku Ketua Pengarah Tabung Pemuliharaan…
JERANTUT, 14 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat meninjau sekitar Kampung Bantal, Ulu Tembeling di sini semalam. Paduka Baginda berdua turut berkenan menyantuni penduduk setempat yang tidak melepaskan peluang untuk mendekati dan merakam gambar kenangan bersama rakyat jelata. Sebelum itu, Paduka Baginda berdua berkenan menunaikan solat Zohor di Masjid Kampung Bantal sebelum berkenan menaiki bot untuk meninjau sepanjang sungai Kampung Bantal di Ulu…
JERANTUT, 13 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Kampung Bantal, Ulu Tembeling, hari ini. Kebawah Duli Paduka Baginda berdua turut berkenan memberi kurnia kepada kanak-kanak dan menyantuni rakyat yang hadir di sekitar Kampung Bantal. Keberangkatan Paduka Baginda berdua ke Kampung Bantal selama tiga hari ialah untuk bertemu rakyat kampung tradisional di kawasan berkenaan sempena majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Majlis Ugama Islam dan…
MELAKA 13 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Jamuan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Dataran Orang Kampung Merlimau di sini semalam. Turut hadir ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Rustam dan Ketua Menteri Melaka, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh. Majlis anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau, Yang Berhormat Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meriah dengan kehadiran lebih 40,000 tetamu. – KESULTANAN…
MELAKA 13 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Jamuan Teh bersama Yang Dipertua Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Rustam di Istana Melaka di sini semalam. – KESULTANAN PAHANG





