Author: Kesultanan Pahang

BENTONG, 10 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Jamuan Rakyat di Dataran Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Simpang Pelangai di sini hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. Paduka Baginda berdua turut berkenan melawat gerai-gerai makanan yang disediakan di dataran berkenaan serta beramah mesra dengan rakyat yang setia menanti ketibaan Paduka Baginda berdua. Ketibaan Paduka Baginda berdua turut menerima persembahan ucapan aluan daripada Pengerusi…

Read More

KUANTAN, 9 Mei 2025 – YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hadir merasmikan pelancaran Hospital Aurelius Pahang (AHP), semalam. Selaku wakil Rasmi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YAM Tengku Amir Nasser turut melawat untuk melihat perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang disediakan di hospital ini. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Aurelius Pahang, Encik Khairul Salleh Abdul Rani. Ditempatkan di kawasan tumpuan Kuantan, AHP telah mula beroperasi dengan menawarkan rangkaian penuh perkhidmatan pelbagai disiplin, dan…

Read More

Demikian reaksi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah apabila dimaklumkan keluasan kira-kira 10,521 hektar (26,000 ekar) tanah di daerah Raub sahaja diteroka secara haram sejak sekian lama. Paduka Baginda nyata hairan dengan keluasan kawasan yang diceroboh itu, yang diibaratkan bersamaan dengan kira-kira 14,700 padang bola sepak. “Saya diberi taklimat daripada pasukan elit Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) tadi, saya begitu terkejut dengan angka yang diberitahu iaitu 26,000 ekar (10,521 hektar) di daerah Raub saja. Ia satu angka yang besar. “Namun, tindakan seterusnya perlu dilakukan dan saya berharap semua…

Read More

RAUB, 8 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil dan hukuman lebih berat menanti peneroka haram. “Saya nak mengingatkan kepada mereka (peneroka haram), kita ada undang-undang di negara kita dan di negeri Pahang. Kalau ini (pencerobohan) dibiarkan, seolah kita tidak ada pihak penguatkuasa, tidak ada pejabat hutan, tak ada pejabat tanah, tak ada pejabat MB dan sebagainya.Jadi, kita harus memahami hakikat itu. Itulah yang sebenarnya. “Mana-mana pihak yang nak membuat permohonan, silalah buat permohonan secara official (rasmi) melalui proses-proses…

Read More

RAUB, 8 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan rasa kesal apabila kawasan tanah yang diteroka di tanah tinggi Cameron Highland kini kelihatan seperti ‘hutan plastik’. “Memang saya selalu ke sana (Cameron Highlands) dan bila saya terbang (menaiki helikopter) ke sana, saya berasa sedih kerana telah lalu atas Lembah Bertam, kita tengok dah macam bukan hutan lagi dah tetapi macam hutan plastik je. “Boleh saya kata, kategori itulah. Hutan plastik (pemandangan rumah plastik tanaman) dah berada di Lembah Bertam ini. So, itulah nasi dah jadi…

Read More

RAUB, 8 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menyifatkan usaha penguatkuasaan yang dijalankan secara tegas menjadi hala tuju menoktahkan pencerobohan dan penerokaan tanah secara haram di negeri ini. Paduka Baginda bertitah, tindakan berterusan perlu dilakukan dan berharap semua pihak bekerjasama agar amalan aktiviti haram ini tidak terus dibiarkan. “Setelah dengar (taklimat UPNP) tadi, saya begitu terkejut dengan angka yang dikeluarkan tadi, 26,000 ekar (10,521 hektar) di daerah Raub sahaja dan ini adalah satu angka yang sangat besar. Kita perlu menoktahkan dan selesaikan secara terbaik. “Kita…

Read More

TEMERLOH, 6 Mei 2025 – Seramai 46 orang dikurniakan darjah kebesaran dan pingat pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 KDPB Sultan Pahang (sesi keempat) di Dewan Tun Razak, hari ini. Pengurniaan pingat dan darjah kebesaran itu telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut berangkat sama ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah serta YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah…

Read More

KUANTAN, 6 Mei 2025 – Orang ramai diminta tidak terpedaya dengan kewujudan akaun palsu yang begitu banyak muncul di platform media sosial dengan menggunakan nama Kesultanan Pahang. Sebarang aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan melalui platform media sosial Kesultanan Pahang dan di Facebook hanya satu akaun sah Kesultanan Pahang dengan memiliki kira-kira 716,000 orang pengikut. Pihak istana turut menerima aduan mengenai kewujudan akaun palsu yang digunakan oleh scammer untuk menipu orang ramai dengan meminta nombor akaun mangsa. Antaranya taktik penyamaran ialah mengakui sebagai Pengurus Akaun Bank Kesultanan Pahang yang mendakwa boleh memindahkan sejumlah wang dengan meminta maklumat akaun bank…

Read More

KUANTAN, 4 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan syabas dan tahniah di atas kejayaan penganjuran Sambutan Hari Bomba Sedunia 2025 di Padang MBK 1, hari ini. Ucapan sama turut dizahirkan secara khusus Paduka Baginda berdua kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dihadiri Menterinya, YB Nga Kor Ming serta pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang dipimpin Ketua Pengarahnya, YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin…

Read More

KUANTAN, 4 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Sambutan Hari Bomba Sedunia 2025 di Padang MBK 1, hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda berdua pada pukul 9.00 pagi turut diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut hadir YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail;…

Read More