πππ₯πππ§π-πππ§π ππ π π¨π¦ππ π£ππ‘ππ¦ πππ‘ πππ₯ππ‘π πππ§πππ ππ‘π- πππ£π π¦π¨ππ§ππ‘ π£ππππ‘π
KUANTAN, 23 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riβayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini menzahirkan kebimbangan dan prihatin terhadap rakyat berkenaan cuaca panas dan kering yang melanda negeri ketika ini.
Paduka Baginda bertitah, keadaan cuaca kini menuntut perhatian yang lebih serius berikutan peningkatan suhu serta risiko kebakaran yang boleh berlaku dalam keadaan persekitaran yang kering.
Paduka Baginda turut menasihatkan rakyat agar sentiasa memastikan pengambilan air yang mencukupi, mengurangkan aktiviti luar pada waktu tengah hari serta mengambil langkah berjaga-jaga khususnya terhadap golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan.
Selain itu, Paduka Baginda juga menegaskan agar orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka termasuk membakar sampah, daun kering atau sisa kebun yang boleh mencetuskan kebakaran tidak terkawal serta menjejaskan kualiti udara.
βAmalan membakar sampah secara terbuka bukan sahaja berbahaya malah boleh menyebabkan jerebu dan menjejaskan kesihatan orang ramai. Rakyat hendaklah lebih bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar.
βKita semua perlu berwaspada dan bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan negeri sentiasa terpelihara sepanjang tempoh cuaca panas dan kering ini,β titah Paduka Baginda.
Paduka Baginda turut menyeru semua pihak termasuk pihak berkuasa tempatan untuk mempertingkatkan pemantauan serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar larangan pembakaran terbuka.
Sehubungan itu, rakyat disarankan untuk melaporkan sebarang kejadian kebakaran atau aktiviti pembakaran terbuka kepada pihak berkuasa dengan segera bagi mengelakkan kejadian lebih buruk. -KESULTANAN PAHANG







