
DASAR INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTIRASUAH
MAJLIS KESULTANAN PAHANG
Majlis Kesultanan Pahang komited untuk melaksanakan sistem pentadbiran yang BERINTEGRITI, TELUS, CEKAP DAN BEBAS DARIPADA SEBARANG BENTUK RASUAH, PENYELEWENGAN, SALAH GUNA KUASA, KONFLIK KEPENTINGAN SERTA PELANGGARAN ETIKA dalam menjalankan fungsi dan tanggungjawab organisasi.
Semua pegawai, kakitangan dan pihak berkepentingan hendaklah mematuhi undang-undang, peraturan, kod etika dan tata kelakuan yang berkuatkuasa. Majlis Kesultanan Pahang menetapkan komitmen teguh untuk membudayakan tadbir urus terbaik melalui prinsip dan penerapan nilai integriti, amanah, telus, akauntabiliti, profesionalisme, berkecuali, patuh kepada undang-undang, dan berorientasikan perkhidmatan. Dasar ini bertetapan dengan peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan lain-lain akta yang berkaitan dengan keperluan perundangan pentadbiran.
Perlaksanaan dasar ini diterjemahkan melalui garis panduan dan polisi yang dibangunkan seperti Pelan OACP, ABMS dan AIGA.
Majlis Kesultanan Pahang mengamalkan toleransi sifar terhadap rasuah, larangan menerima atau memberi suapan dalam apa jua bentuk, larangan penyalahgunaan kuasa dan kedudukan, pengurusan konflik kepentingan secara telus, pengisytiharan harta dan kepentingan apabila perlu serta perlindungan kepada pemberi maklumat ( whistleblower ) mengikut peruntukan undang-undang.
Bagi memastikan tadbir urus yang baik, Majlis Kesultanan Pahang akan melaksanakan kawalan dalaman yang berkesan, menjalankan audit dalaman secara berkala, mengurus risiko organisasi secara sistematik, memastikan keputusan dibuat secara telus dan berasaskan peraturan serta mengamalkan prinsip semak dan imbang ( check and balance ).
Majlis Kesultanan Pahang beriltizam untuk membudayakan integriti, memperkukuhkan tadbir urus dan memastikan persekitaran kerja yang bebas daripada rasuah demi memelihara kedaulatan institusi, kepercayaan rakyat serta kecemerlangan perkhidmatan.





