KUANTAN, 16 Mei 2025 – Orang ramai diminta tidak terpedaya dengan kewujudan akaun TikTok palsu yang menggunakan nama Tengku Ampuan Pahang.
Pihak Istana Pahang mengesan kewujudan akaun dengan nama ‘tunkujrpxfx4’ yang menyamar sebagai Paduka Baginda dan membuat beberapa hantaran jelek.
Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj hanya memiliki akaun sosial yang aktif di Instagram namun ia bersifat peribadi manakala Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hanya mempunyai akaun di Instagram dengan nama this.7.
Sebarang aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan melalui platform media sosial Kesultanan Pahang dan di Facebook hanya satu akaun sah Kesultanan Pahang dengan memiliki kira-kira 722,000 orang pengikut.
Manakala di platform media sosial lain seperti instagram, TikTok, Youtube dan aplikasi X hanya menggunakan nama Kesultanan Pahang manakala portal rasmi Istana Pahang ialah istanapahang.my. -KESULTANAN PAHANG