KDPB Sultan Pahang sentiasa memanfaatkan waktu terluang untuk aktiviti riadah terutama menghabiskan masa bersama cucuanda tersayang.
Pickleball menjadi pilihan baginda sementelah Monsun Timur Laut melanda beberapa negeri termasuk Pahang yang menghadkan aktiviti luar seperti berbasikal, polo dan golf.
Paduka Baginda turut diiringi Yang Hormat Mulia Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohamed Moiz dan paduka-paduka cucuanda berangkat ke gelanggang The Palm Pickleball & Padel Club di Kuantan semalam (26 November 2025).
Pickleball berasal dari Amerika Syarikat, khususnya di Bainbridge Island, Washington, pada tahun 1965 kini semakin menarik perhatian peminat sukan di Malaysia sejak 2019.
Sukan ini menggabungkan elemen badminton, tenis dan pingpong dilihat lebih santai, menyeronokkan dan sesuai dimainkan seisi keluarga.- KESULTANAN PAHANG







