UMUM mengetahui bahawa Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang tidak betah duduk diam apabila mendengar mengenai musibah atau kemalangan yang menimpa rakyat jelata kerana sehabis baik Paduka Baginda mahu segera membantu.
Justeru, tidak hairanlah apabila seorang peserta Pertandingan Bermukun sempena Festival Gendang Sarawak 2025 di Kuching, Sarawak pada 1 November 2025 yang tiba-tiba pengsan selepas persembahan yang membuatkan Paduka Baginda secara spontan bingkas bangun untuk membantu.
Paduka Baginda yang ketika itu menyaksikan persembahan tersebut dilihat meluru ke atas pentas dan peserta tersebut segera diberikan rawatan oleh doktor pengiring Paduka Baginda.
Kejadian itu bukanlah perkara luar biasa kerana ia adalah keperibadian sebenar Paduka Baginda yang amat prihatin dan kasihnya kepada rakyat. – KESULTANAN PAHANG







