PEKAN 27 Julai 2025- Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bercemar duli berangkat menyaksikan perlawanan Kejohanan Polo Royal Pahang Classic 2025 yang berlangsung di Royal Pahang Polo Club, di sini.

Perlawanan tersebut menyaksikan pasukan Royal Pahang Polo Club menentang Kuala Lumpur Polo Club. Royal Pahang Polo Club menang pada perlawanan tersebut dengan jaringan sebanyak 13 gol berbalas 2 1/2. – KESULTANAN PAHANG

