BERIADAH…Tidak hairanlah apabila rakyat sentiasa melihat KDPB Sultan Pahang sentiasa tampil ceria dan bertenaga kerana Paduka Baginda amat menitikberatkan amalan gaya hidup sihat.
Jika tidak bermain golf atau polo, Paduka Baginda akan berbasikal di samping mengambil peluang menyantuni rakyat di sekeliling.
Semalam (18 November 2025) sebaik sahaja selesai tugasan rasmi, Paduka Baginda mengayuh basikal sejauh 10 kilometer dari Istana Abdulaziz dan singgah sebentar di Pasar Malam Taman Impianku, Kuantan bagi bertanya khabar peniaga dan pengunjung. – KESULTANAN PAHANG











