KUANTAN, 26 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Berbuka Puasa di Menara 188 di sini semalam.

Turut mengiring Paduka Baginda ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan isteri, YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz, YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al – Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.- KESULTANAN PAHANG




