CAMERON HIGHLANDS 4 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke daerah ini sempena lawatan kerja selama dua hari bermula hari ini.
Paduka Baginda berangkat tiba pada pukul 11.00 pagi di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah di sini dan seterus berkenan menikmati santapan tengah hari di restoran Dulang Pahang, Centrum, Brinchang di sini.
Restoran Dulang Pahang menyajikan masakan kampung seperti tempoyak pucuk kayu, patin tempoyak, opor daging, ayam goreng berempah, pekasam telur sotong, sambal udang petang, sambal hitam dan sambal tempoyak.
Paduka Baginda turut meluangkan masa menyantuni pengusaha restoran dan pengunjung termasuk pelancong bertanya khabar dan bergambar. – KESULTANAN PAHANG





