KUANTAN, 23 Disember 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat ke Majlis Penyerahan Motosikal Berkuasa Tinggi Bagi Penugasan Kawalan Keselamatan dan Pengiring Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Istana Abdulaziz di sini hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail; Ketua Polis Negara IG Dato’ Sri Mohd Khalid Ismail dan Ketua Polis Pahang , CP Dato’ Sri Yahaya Othman.
Majlis tersebut menyaksikan Dato’ Sri Mohd Khalid bersama Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hassan Basri menyempurnakan persembahan replika kunci sebagai simbolik penyerahan rasmi lapan buah motosikal model BMW GR1250 RT kepada Paduka Baginda.- KESULTANAN PAHANG





