KUALA LUMPUR, 16 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli ke majlis perkahwinan pacal didik Encik Jufri Ahmad dan Puan Syarifah Aszahida di Jiwa Damansara di sini hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda turut diiringi YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Paduka Baginda berangkat tiba pada jam 12.30 tengahari meraikan pasangn pengantin, Zarul Iskandar bin Zamzuri dan Nur Lisa binti Mohd Rashidan.
Paduka Baginda turut berkenan bergambar serta merenjis air mawar kepada pasangan pengantin sebelum ke Jamuan Diraja dan seterusnya berangkat pulang kira-kira pukul 2 petang.
Encik Jufri merupakan staf yang telah berkhidmat lebih 30 tahun dengan Paduka Baginda. -KESULTANAN PAHANG