KUANTAN, 19 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli menyempurnakan perasmian penutupan Konvensyen Antarabangsa Jawi dan Warisan Melayu 2025 di Hotel Grand Darul Makmur, hari ini.
Keberangkatan tiba Paduka Baginda pada pukul 2 petang diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut sama mengiringi ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
Pada majlis berkenaan, KDPB Sultan Pahang turut berkenan menyempurnakan Perasmian Institut Jawi UnIPSAS, pelancaran buku “Mahir Jawi: Panduan Komprehensif Untuk Semua Peringkat” oleh Munsyi Dewan Jawi UniPSAS serta Pengurniaan Sijil
Penghargaan Munsyi Dewan (Jawi) DBP dari Pahang.
Seramai 200 orang peserta Konvensyen Antarabangsa Jawi dan Warisan Melayu 2025 mengikuti dua buah forum yang diadakan sepanjang dua hari melibatkan sembilan orang pembentang termasuk tiga pembentang antarabangsa dari negara Jepun, Singapura dan Brunei. -KESULTANAN PAHANG





