KUANTAN, 30 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli beriadah dengan aktiviti 𝘣𝘳𝘪𝘴𝘬 𝘸𝘢𝘭𝘬 di sekitar Kota Sultan Ahmad Shah (KotaSAS) di sini, hari ini.
Paduka Baginda sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dengan meneruskan rutin riadah dan senaman meskipun mempunyai jadual harian yang padat.
Sambil beriadah, Paduka Baginda turut berkenan menyantuni rakyat serta melihat sendiri keadaan jalan raya dan tahap kebersihan di sekitar kawasan KotaSAS.
— KESULTANAN PAHANG






