SARAWAK, 31 Oktober 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan beriadah dengan berjalan kaki sejauh kira-kira empat kilometer di sekitar Kuching Waterfront, di sini.
Paduka Baginda meluangkan masa lebih satu jam beramah mesra serta melayani permintaan orang ramai yang turut berada di situ untuk bergambar.
Paduka Baginda turut berkenan menikmati pemandangan melalui Jambatan Darul Hana yang merentasi Sungai Sarawak, menghubungkan bahagian utara dan selatan bandar Kuching. -KESULTANAN PAHANG








