CAMERON HIGHLANDS 13 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menghadiri Kelas bacaan al-Quran dan Kelas Tulisan Jawi bersama-sama pegawai dan kakitangan di Istana Sri Angkasa di sini hari ini.
Kelas pada hari ini menekankan kaedah membaca al-Quran dengan tajwid yang betul dan mempelajari cara menulis Jawi dengan betul.
Yang lebih menarik, buku rujukan yang digunakan semasa kelas jawi adalah buku “Mahir Jawi: Panduan Komprehensif Untuk Semua Peringkat” oleh Munsyi Dewan Jawi UniPSAS yang telah dirasmikan sendiri oleh Kebawah Duli Tuanku pada Majlis perasmian penutupan Konvensyen Antarabangsa Jawi dan Warisan Melayu 2025. – KESULTANAN PAHANG