KUANTAN, 26 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat kepada 58 individu pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-66 KDPB Sultan Pahang yang diadakan di Istana Abdulaziz di sini hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda ke Balai Mahkota pada pukul 10.30 pagi diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut mengiring ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan isteri YHM Tengku Natasya Puteri Binti Tengku Adnan; Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan isteri, YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz.

Turut sama ialah YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana Alia binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan suami, YH FD Idzham FD Iskandar dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Mendahului senarai 16 penerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri ialah Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup diikuti YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Nazri bin Abu Bakar; Gabenor Bank Negara Malaysia, Dato’ Sri Shaik Abdul Rasheed bin Abdul Ghaffour serta Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan.

Turut menerima darjah kebesaran dan gelaran sama ialah Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Dato’ Sri Ahmad Fadil bin Shamsuddin; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Dato’ Sri Mohd Mustafa bin Abdul Aziz; Pengarah Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia, Dato’ Sri Ab Rahim bin Ab Rahman; Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Sri Zahrul Hakim bin Abdullah @ Ab Allah; Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dato’ Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad; Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Komisioner Polis Dato’ Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malayan Banking Berhad, Dato’ Sri Khairussaleh bin Ramli.

Darjah Kebesaran dan gelaran sama turut dianugerahkan kepada Ketua Jabatan Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Dato’ Sri Dr. Azmee bin Mohd Ghazi; Pengerusi B.Grimm And Co, Dato’ Sri Dr. H.C Harald Link; Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Prima Merdu Sdn Bhd, Dato’ Sri Amer Hamzah bin Ahmad; Pengarah Urusan Tong Chun Development Sdn Bhd, Dato’ Sri Ken Ng Chee Kean serta Pengarah Urusan Kumpulan Magma Group Berhad, Dato’ Sri Liang Chee Fong.

Pada majlis sama, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) Yang Membawa Gelaran Dato’ Indera kepada tiga individu iaitu YB Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Haji Fadzilla bin Haji Salleh; Mantan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Diraja Malaysia (PERKEP), Puan Sri Dato’ Indera Zainah binti Othman serta Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Dato’ Indera Haji Che Roslan bin Che Daud.

Sementara itu, Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Al-Sultan Abdullah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Kedua Darjah Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (DSAS) Yang Membawa Gelaran Dato’ kepada Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Professor Dato’ Dr. Asmadi bin Mohamed Naim.
Pada istiadat berkenaan, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) Yang Membawa Gelaran Dato’ kepada lapan orang individu iaitu YB Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Dato’ Muhammad Saifuddin bin Hashim Musaimi; Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang, Dato’ Razihan bin Adzharuddin; Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pembangunan), Dato’ Ali Syahbana bin Sabaruddin serta Panglima Wilayah Udara 2 Markas Wilayah Udara 2, Wilayah Persekutuan Labuan, Mejar Jeneral Dato’ Haji Norli Hisham bin Alwi TUDM.
Turut dianugerahkan darjah kebesaran sama ialah Pengelola Bijaya Diraja Utama Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Mejar Jeneral Dato’ Mohamed Zahari bin Dato’ Haji Yahya TUDM; Pereka Fesyen dan Pengasas Butik Radzuan Radziwill, Dato’ Radzuan bin Radzi; Pengasas dan Pengarah Eksekutif Jaxer Sdn Bhd, Dato’ Mohd Faizal bin Abdullah dan Ketua Pengarah Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd, Dato’ Mohamad Zaidi bin Aziz.
Dalam pada itu, 26 individu dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ ialah Pengarah Kanan Bahagian Perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato’ TPj. Saiful Ezral bin Arifin; Naib Canselor Universiti Islam Selangor (UIS), Profesor Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah; Duta Besar Malaysia Ke Lubnan, Tuan Yang Terutama Dato’ Azri bin Mat Yacob; Penasihat Pertahanan MALAWAKIL Jakarta, Brigedier Jeneral Dato’ Azrin Iskandar bin Zulkaply; Ketua Pengarah Cawangan Operasi Pertahanan Bahagian Operasi Dan Latihan Pertahanan, Brigedier Jeneral Dato’ Mohd Rafi bin Muhammad; Panglima Grup Artileri Pertahanan Udara, Brigedier Jeneral Dato’ Azhar bin Mustapha; Panglima 4 Briged Mekanize, Brigedier Jeneral Dato’ Wan Mohd Faizal Shahrin bin W. Mohamad Fablillah serta Ketua Pengarah Sel Kesihatan Markas Tentera Darat (MK TD), Brigedier Jeneral Dato’ Dr. Mohd Farid bin Alias.
Turut tersenarai ialah Ketua Pengarah Directorate General Technical Airworthiness (DGTA), Brigedier Jeneral Dato’ Ruszali bin Zakaria TUDM; Ketua Staf Bahagian Operasi Udara Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Brigedier Jeneral Dato’ Ivan John Row TUDM; Brigedier Jeneral Dato’ Haji Ahmad Bin Yusof TUDM (B); Brigedier Jeneral Dato’ Ir. Nordin bin Abdul Ghani TUDM (B); Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang, Dato’ Mohd Razam bin Taja Rahim; Setiausaha Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Noor Azman bin Abdul Rahman; Timbalan Pengarah Kerja Raya Jabatan Kerja Raya Sabah, Dato’ Ir. Mohd Shamsul Nizam bin Abdul Wahid dan Pengerusi ANGKASA Negeri Pahang Tengah, Dato’ Mohamad Hanifah B K Koya Moideen Kutty.
Darjah Kebesaran sama turut diterima Ketua Pegawai Eksekutif Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Dato’ Mohd Lafzul bin Muda; Pengetua Madrasah An Nabawiyyah Pulau Tawar, Jerantut, Dato’ Cik Wan Hilmy bin Wan Mohamed; Pengerusi Fezka Holdings Sdn Bhd, Dato’ Mohd Hafez Halimi bin Dato’ Haji Abdul Hamid; Pengasas dan Pengerusi Strategic Swiss Partners AG, Dato’ Rajaratnam Mahalingam @ Guna Mahalingam; Ketua Pegawai Eksekutif Armani Group, Dato’ Andy Woo Weng Kok; Pengarah Urusan Hibiscus Petroleum Berhad, Dato’ Dr. Kenneth Gerard Pereira; Pengarah Eksekutif Kumpulan Engtex Group Berhad, Dato’ Ng Chooi Guan; Ketua Pegawai Eksekutif Sheikhinah PR Sdn Bhd, Dato’ Christopher Raj; Pengasas dan Pakar Fertiliti Sunfert International Fertility Centre, Dato’ Dr. Wong Pak Seng serta Pengerusi Ketua Kaum Daerah Sebauh, Dato’ Raymond Anak Phen @ Plen.
Sementara itu, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dengan limpah perkenan dan sukacitanya turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Keempat Ahli Mahkota Pahang (AMP) kepada empat individu iaitu Juruiring Polis Kepada Bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Deputi Superintenden Polis Nik Mohammed Syukry bin Nik Husain; Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang, Encik Wan Azam bin Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy; Ketua MIC Bahagian Indera Mahkota, Encik Raveentharan A/L Vengadasalam serta Ketua MIC Bahagian Pekan, Encik Subramaniam A/L Nagappan. –KESULTANAN PAHANG