KUANTAN, 11 Oktober 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Malam Kuantan Jubli Platinum ‘The History Of Kuantan’ di Muzium Seni Kontemporari (MOCA) di sini.
Keberangkatan tiba Paduka Baginda pada pukul 8.30 malam turut diiringi YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah; YAM Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut hadir ialah Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, YAB Menteri Besar Pahang; YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Nazri bin Abu Bakar serta Dato’ Zaliza Zulkipli, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan.
Acara yang diadakan sempena Sambutan Jubli Platinum Ulang Tahun Ke-70 Pengisytiharan Daerah Kuantan sebagai Negeri Pahang Darul Makmur dihiasi dengan teater muzikal Tinta Madana serta persembahan daripada artis popular tanah air seperti Amy Search, Amylea, Kaer Azami serta Wanie Kayrie. -KESULTANAN PAHANG