KUANTAN, 29 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli merasmikan gimnasium Pangkalan Udara Kuantan, hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda disambut Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM; Pengelola Bijaya Diraja Utama, Mej Jen Dato’ Mohamed Zahari bin Dato’ Haji Yahya TUDM serta Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brigedier Jeneral Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM. -KESULTANAN PAHANG






