PULAU TIOMAN, 14 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat bersiar-siar di sekitar Kampung Tekek dan Kampung Air Batang di sini hari ini.
Paduka Baginda berkenan menunggang motosikal membawa paduka anakanda YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut sama mengiring ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
Paduka Baginda turut berkenan bermain sepak takraw bersama penduduk di Kampung Air Batang.
Penduduk setempat begitu teruja dan setia menanti di sepanjang laluan untuk menyapa dan bergambar bersama Paduka Baginda. -KESULTANAN PAHANG







