PULAU TIOMAN, 18 Februari 2026 – Cuaca hujan tidak menjadi halangan untuk Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berangkat bercemar duli bersiar-siar meronda sekitar Kampung Air Batang, hari ini.
Paduka Baginda berkenan singgah minum petang di kampung berkenaan serta menyantuni penduduk setempat yang begitu teruja dapat bertemu Paduka Baginda secara berdepan.
Momen ini seolah mengulangi lawatan Paduka Baginda ke sini pada tahun lalu sekaligus memperlihatkan rasa kasih tuanku kepada rakyat di sini serta keistimewaan pulau yang begitu indah dan sering menjadi pilihan pelancong ini. KESULTANAN PAHANG








