CAMERON HIGHLANDS 6 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat untuk santapan pagi di The Box Port Hub, Tanah Rata di sini hari ini.
Keberangkatan tiba Paduka Baginda pada pukul 10.00 pagi disambut oleh Ahli Parlimen Cameron Highlands, Dato’ Dr. Ramli Dato’ Mohd Nor; Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tuan Kamarul Iskandar Nordin dan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands (PKCH), Dato’ Zaman Azam Mohamat Sarif@Ahmad.
Paduka Baginda memilih nasi kerabu ayam bakar dan teh tarik untuk santapan pagi sebelum meluangkan masa menyantuni para peniaga di situ serta bergambar untuk kenang-kenangan. – KESULTANAN PAHANG






