CAMERON HIGHLAND 13 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), YH Dato’ Sri Darwis Abdul Razak dan Pegawai Daerah Cameron Highland, Tuan Kamarul Iskandar Nordin di Istana Sri Angkasa di sini hari ini.
Paduka Baginda meluangkan masa hampir dua jam membincangkan pelbagai perkara berkaitan negeri Pahang.-KESULTANAN PAHANG