KUANTAN, 17 Jun 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM di Istana Abdulaziz di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengelola Bijaya Diraja Utama KDPB Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari bin Dato’ Haji Yahya TUDM.

Paduka Baginda dipersembahkan taklimat selama kira-kira satu jam oleh Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan berkenaan Hari Terbuka TUDM dan Majlis Santapan Beradat sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia Ke-67 dan kemudiannya berkenan menghadiri jamuan santapan tengahari bersama. -KESULTANAN PAHANG
