SARAWAK, 2 November 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Kampung Budaya Sarawak, hari ini.
Keberangkatan tiba Paduka Baginda berdua disambut dengan tarian selamat datang sebelum berangkat melawat rumah-rumah tradisional yang ada di situ.
Paduka Baginda berdua kemudiannya turut berkenan menyaksikan persembahan teater muzikal berjudul ‘Rentap – Pertarungan di Bukit Sadok’ sebelum berangkat ke Jamuan Diraja. -KESULTANAN PAHANG







