KUANTAN, 2 Oktober 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan tahniah di atas pernikahan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj bersama pasangan, Yang Mulia Datin Paduka Seri Cik Afzaa Fadini Abdul Aziz yang berlangsung di Masjid Istana Diraja, Shah Alam, Selangor.
Paduka Baginda berdua menzahirkan doa agar bahtera perkahwinan yang terbina ini sentiasa diberkati Allah SWT dengan limpahan rahmat, dikurniakan kebahagiaan yang berkekalan serta menjadi keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah.
Kebawah Duli Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar pasangan diraja ini sentiasa diberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuh alam rumah tangga, saling melengkapi serta bersama-sama menunaikan amanah dan tanggungjawab dengan penuh kasih sayang.
Semoga ikatan suci ini menjadi permulaan kepada kehidupan yang penuh keberkatan, keturunan yang soleh dan solehah, serta membawa kesejahteraan kepada agama, bangsa dan negara. -KESULTANAN PAHANG
KDPB SULTAN PAHANG DAN KDPB TENGKU AMPUAN PAHANG ZAHIR UCAPAN TAHNIAH DI ATAS PERNIKAHAN DYTM RAJA MUDA SELANGOR

Laman web ini dimiliki dan dikendalikan oleh MAJLIS KESULTANAN PAHANG. Perisian, semua halaman, imej, teks, multimedia dan kandungan lain dalam laman web ini adalah hak milik MAJLIS KESULTANAN PAHANG, melainkan jika dinyatakan dengan jelas.
Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Kesultanan Pahang. Paparan terbaik dalam Google Chrome, Mozilla Firefox. Resolusi 1024 x 768

#MajuTerusPahang
Jumlah Pengunjung/Hit Counter





