KUANTAN, 28 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Panglima Angkatan Tentera ke-9, Allahyarham Jeneral Tun Dr. Mohamed Hashim bin Mohd Ali yang meninggal dunia di Hospital Gleaneagles pukul 11.52 pagi , hari ini.
Paduka Baginda berdua turut mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT, ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Paduka Baginda berdua turut berdoa agar waris yang ditinggalkan tabah serta sabar dalam menghadapi kehilangan insan yang tersayang.-KESULTANAN PAHANG