KUANTAN, 7 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dijangka berangkat merasmikan Kejohanan Polo Royal Classic yang bakal berlangsung dari 25 Julai hingga 2 Ogos depan.
Kejohanan yang diadakan di Royal Pahang Polo Club itu turut akan diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar AlHaj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kejohanan berkenaan akan turut disertai YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah; YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; serta serta YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut mengiring nanti ialah YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan dan memeriahkn kejohanan yang mendapat penyertaan pemain dari dalam dan luar negara. -KESULTANAN PAHANG






