KUALA LUMPUR, 27 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke majlis perkahwinan anak Pengelola Bijaya Diraja Utama Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Mejar Jeneral Dato’ Mohamed Zahari bin Dato’ Haji Yahya TUDM di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM di sini hari ini.

Turut mengiringi ialah YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan suami, YH FD Idzham FD Iskandar.

Paduka Baginda berdua berkenan bergambar kenangan bersama pasangan pengantin, Zafeera Batrisyia Binti Mohamed Zahari dan Ahmad Muhaimin Bin Hasni serta keluarga sebelum masuk ke dewan untuk majlis santapan dan seterusnya berangkat pulang. -KESULTANAN PAHANG
