KUANTAN, 18 Jun 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Makan Beradat Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia Ke-67 di Hotel Zenith di sini semalam.

Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar AlHaj.

Turut mengiringi ialah YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketibaan Paduka Baginda berdua disambut oleh Panglima Tentera Udara (TUDM), Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan serta barisan kepimpinan tertinggi TUDM. -KESULTANAN PAHANG
