KUANTAN, 30 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke majlis perkahwinan pacal didik Allahyarham Leftenan Kolonel (B) Dato’ Haji Che Dan bin Chemat di CMI Platinum Hall, hari ini.
Paduka Baginda berdua berangkat tiba pada jam 12.15 tengahari meraikan pasangn pengantin, Muhammad Soleh Dato’ Haji Che Dan dan Sharifah Hazirah Syed Khalafu.
Allahyarham dahulunya merupakan bekas pegawai KDPB Sultan Pahang yang menjawat jawatan sebagai Setiausaha Sulit KDYTM Tengku Mahkota Pahang.
Kebawah Duli Paduka Baginda berdua turut menyantuni rakyat yang berada di kawasan majlis tersebut. – KESULTANAN PAHANG







