KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke majlis perkahwinan pacal didik Prof. Dato’ Sri Dr. Mohamed Ezani Md Taib dan Datin Sri Dr. Rayslida Tan Sri Mohd Rashdan di sebuah hotel di sini semalam.
Paduka Baginda berdua berangkat tiba pada jam 8.15 malam meraikan pasangn pengantin, Esyraq Prof Dato’ Sri Dr Mohamed Ezani dan Yasmin Nadiah Dato Sri Khairusalleh.
Hadir sama, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Prof. Dato’ Sri Dr. Mohamed Ezani Md Taib adalah Ketua Pegawai Eksekutif di Institut Jantung Negara (IJN) yang juga merupakan salah seorang pakar jantung terkenal negara. – KESULTANAN PAHANG





