BANDAR JENGKA, 3 Disember 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke majlis perkahwinan pacal didik YB Dato’ Sri Haji Tuan Ibrahim Tuan Man, hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda berdua pada pukul 12 tengahari ke majlis berkenaan menambah bahagia kepada pasangan pengantin, Mohamad Izzat bin Tuan Ibrahim dan Alya Nur Nardifa binti Izani.
Paduka Baginda berdua turut berkenan merenjis pasangan pengantin dan merakam gambar bersama sebagai kenang-kenangan sebelum ke Jamuan Diraja. – KESULTANAN PAHANG






