KUALA LUMPUR, 15 Januari 2026 -Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Majlis Tahlil Memperingati Pemergian Allahyarham Tun Abdul Razak ke-50 dan Allahyarhamah Tun Rahah ke-5 Tahun di Masjid Ar-Rahah, Bangsar South di sini semalam.
Turut berangkat, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Mengiringi Paduka Baginda ialah Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Majlis dimulai dengan solat Maghrib, bacaan yasin dan tahlil diikuti solat Isyak, seterusnya ke Jamuan Diraja bersama tetamu yang hadir.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak; kaum keluarga serta kepimpinan dari Negeri Pahang Darul Makmur. – KESULTANAN PAHANG








