TERENGGANU, 10 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke sesi barbeku yang diadakan di Istana Badariah, malam semalam.
Keberangkatan Paduka Baginda berdua turut diiringii YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Majlis berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah.
Turut hadir mengiringi ialah Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ; YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin; YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’ binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.
Sesi barbeku semalam menjadi lebih istimewa dengan juadah disediakan khas oleh Tengku Ampuan Pahang yang menyinsing lengan menyiapkan perapan ayam kambing dan daging.
Paduka Baginda turut membuat patty burger dan aiskrim pelbagai perisa seperti jagung, durian, strawberi dan lemon curd. – KESULTANAN PAHANG






