KUANTAN, 5 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah menzahirkan ucapan Salam Maulidur Rasul 1447H/2025.
Paduka Baginda berdua menyeru rakyat untuk bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan meneladani akhlak Baginda yang mulia, menghayati ajaran yang ditinggalkan serta memperkukuhkan ukhuwah sesama umat Islam.
Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menjadi medan untuk kita memperbaharui keimanan, meneguhkan takwa, dan meningkatkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam masyarakat. – KESULTANAN PAHANG
KDPB SULTAN PAHANG, KDPB TENGKU AMPUAN PAHANG ZAHIR UCAPAN SALAM MAULIDUR RASUL 1447H/2025

Laman web ini dimiliki dan dikendalikan oleh MAJLIS KESULTANAN PAHANG. Perisian, semua halaman, imej, teks, multimedia dan kandungan lain dalam laman web ini adalah hak milik MAJLIS KESULTANAN PAHANG, melainkan jika dinyatakan dengan jelas.
Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Kesultanan Pahang. Paparan terbaik dalam Google Chrome, Mozilla Firefox. Resolusi 1024 x 768

#MajuTerusPahang
Jumlah Pengunjung/Hit Counter





