KUANTAN, 24 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Dato’ Lionel Anthony Thomasz.
Mendiang yang meninggal dunia pada usia 88 tahun hari ini merupakan bekas guru Paduka Baginda serta paduka-paduka anakanda yang pernah bersekolah di Sekolah Saint Thomas, Kuantan.
Paduka Baginda turut menzahirkan rasa dukacita dan berharap keluarga mendiang tabah di atas kehilangan insan tersayang. -KESULTANAN PAHANG