KUANTAN, 7 April 2026, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Rumah Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) di Timorra Vanue, di sini hari ini.
Turut berangkat mengiring ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Panglima Raja, Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sebelum berangkat pulang, Paduka Baginda turut berkenan menyantuni kakitangan PASFA dan menyampaikan kurnia kepada kanak-kanak dari beberapa buah rumah anak-anak yatim. – KESULTANAN PAHANG






