BENTONG, 9 Januari 2026- Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Karak Setia, di sini.
Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan disambut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail.
Solat Jumaat dipimpin oleh Imam 1 Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong, Imad Haji Idris, manakala khutbah Jumaat disampaikan oleh Kadi Daerah Bentong, Al-Fadhil Tuan Haji Ahmad Zaharuddin Mohd Alias.
Di masjid sama, Paduka Baginda turut berkenan menyampaikan kurniaan kepada 100 orang asnaf dari kawasan sekitar.
Usai solat Jumaat dan penyampaian kurnia, Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang berkenan berangkat ke santapan tengah hari di Kafe Wenang Sari.- KESULTANAN PAHANG







