UALA LUMPUR, 21 November 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Sultan Abdullah Menara Merdeka 118 di sini.
Solat Jumaat dipimpin oleh Muhammad Shahir Amir bin Azmy dan bilal, Muhamad Shahmi bin Mohd Zamari.
Paduka Baginda turut berkenan menyampaikan kurniaan kepada pihak pengurusan masjid dan menyantuni para jemaah sebaik sahaja selesai solat Jumaat.
Turut mengiring Paduka Baginda ialah YAM Tengku Arif Temenggung Tengku Fahad Mua’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah. – KESULTANAN PAHANG







