KUANTAN 14 November 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Afzan di sini hari ini.
Solat Jumaat diimamkan oleh Mohammad Khairuddin Bin Abdul Aziz manakala khatib oleh Mohd Hafiz Bin Mohd Suhaile.
Paduka Baginda. turut berkenan menyantuni dan menyampaikan kurniaan kepada pengerusi masjid dan jemaah yang hadir.- KESULTANAN PAHANG







